Ada tak org ucap Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri??Hehehe.. Kalau ada kita kawan
Ntah.. Cam sayu jew hari nie.. Syukur sangat hari ini, bila lihat diri ini di usia 32 tahun oppss.. dah tua dah.. Bila lihat wajah kedua anakku, rasa diri ini sedih sangat.. Macamana lah mereka ini klu aku tak mencapai usia ke angka 33 tahun??
Tapi aku bersyukur, punya keluarga yang benar2 menyayangi mereka..
Ahh.. Menitis lagi airmata ini.. Cuma tiap kali aku melihat wajah anak-anak ku ni, aku tertanya-tanya.. adakah aku sudah menjadi Mommy yang terbaik buat mereka?? Ya allah, aku sentiasa bersyukur kerana Kau hadiahkan aku dua permata ini.. Sentiasa aku memohon agar Kau lindungilah kedua permata ku ini..
Di usia 32 tahun ini, tiada yang lain yang aku inginkan hanyalah kebahagian keluarga kami..
Buat
STARRING mommy Aqil dan
PRINCESS mommy Aufa, moga hidup kalian sentiasa mendapat keberkatan.. Semoga hidup kalian sentiasa mendapat kebaikan dan kasih sayang dan moga dijauhi dari segala kejahatan dan kebencian..
Lilin ku tiup dengan penuh doa dan harapan untuk permata ku berdua..
Sayang STARRING dan PRINCESS mommy sangat-sangat.. MMuuaahh...